MAC
20 MAC 2023 - Program Mentor Mentee bil/1 telah diadakan. Program ini bertujuan untuk membimbing, menyokong dan memberi nasihat kepada murid.
Guru kelas dan mentor diberikan modul untuk dijalankan bersama-sama dengan murid.
20 MAC 2023- Gymnasium SMK Cheras, Program Orientasi murid tingkatan 4 telah diadakan.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan murid kepada mata pelajaran tingkatan 4. Seterusnya. murid dapat mengetahui mengenai mata pelajaran elektif.
20 MAC 2023- 24 MAC 2024 , pelaksanaan Amalan Guru Penyayang telah dilaksanakan. Program ini bertujuan agar guru-guru mengamal dan membudayakan kasih sayang di sekolah.
Objektif program ini ialah :
Menjiwai amalan penyayang adalah budaya gur
Menghargai murid bagi melahirkan sikap penyayang dalam kalangan warga sekolah.
Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghaargai antara murid dengan guru.
Unit Disiplin- Melakukan semakan buku kawalan secara berkala.
Tujuan utama semakan buku kawalan bagi mengenalpasti masalah-masalah murid semasa PdP dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diberikan.
27 MAC -19 APRIL 2023- Unit Pemantapan Sahsiah telah mengadakan Tadarrus al-Quran Sempena Program Ihya' Ramadhan.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru dan juga dapat membetulkan bacaan al-quran.
Unit Pemantapan Sahsiah - Program Hafazan Hour dilaksanakan pada setiap hari., antara pukul 7.10 hingga 7.20 pagi.
Pengisian ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat berusaha dan dan berikhtiar untuk berjaya.
30 MAC 2023- Unit Bimbingan kaunseling telah mengadakan perjumpaan bersama dengan 38 orang murid.
Perjumpaan ini bertujuan untuk berkenalan dengan murid fokus dan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti yang akan dijalankan.
APRIL
1 April 2023 - Pangsapuri Segaria, Unit Bimbingan Kaunseling telah mengadakan Ziarah Cakna terhadap 2 orang murid yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Murid yang terlibat diberi kaunseling untuk hadir ke sekolah.
7 APRIL 2023 - Unit Pemantapan Sahsiah telah mengadakan Kuiz Spontan sempena Program Ihya' Ramadhan 1444 H.
Program ini mendapat sambutan dalam kalangam murid.
Antara objektif program ini ialah untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan murid tentang bulan Ramadhan.
7 APRIL 2023 - Unit Pemantapan Sahsiah telah mengadakan pertandingan Al-Kahfi Challenge Sempena Ihya Ramadhan.
Program ini untuk menggalakkan murid menghafaz dan mengamalkan surah Al-Kahfi dalam kehidupan.
27 MAC 2023- Unit Pemantapan Sahsiah mengadakan program Tadarus Al-Quran (Murid) sempena Ihya' Ramadhan 1444 H.
Program ini bagi menimbulkan kesedaran di kalangan warga sekolah menghidupkan bulan Ramadhan dengan Al-Quran .
14 APRIL 2023- Unit Pemantapan Sahsiah telah mengadakan Program Quran Hour.
Program ini untuk memupuk semangat berusaha dan berikhtiar untuk berjaya.
14 April 2023- Unit Pemantapan sahsiah dan Unit Kebajikan telah memberi sumbangan duit raya.
Sumbanga ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturrahim dan rasa ukhwah warga sekolah.
14 APRIL 2023- Unit Pemantapan Sahsiah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam mengadakan Majlis Iftar Jamaie.
Program ini mampu menyuntik semangat kasih sayang dan silaturrahim antara guru dan ibubapa .
14 APRIL 2023- Unit Pemantapan sahsiah telah mengadakan majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah.
Majlis ini bertujuan untuk menyebarkan kasih sayang dan silaturahim antara guru dan ibu bapa.
MEI
5 MEI 2023- UBK telah memberikan anugerah kepada kelas-kelas kehadiran tertingggi.
Objektig program ini ialah, menghargai kelas dan murid yang mencapai kehadiran terbaik.
17 MEI 2023- Unit Disiplin telah mengadakan Program Jom Datang Awal ke Sekolah.
Sasaran program ini ialah murid tegar lewat dan hadir ke sekolah. Tujuan program ini ialah bagi memastikan mereka hadir awal ke sekolah.
Melalui program ini murid-murid yang terlibat diberi penerangan berkaitan tindakan yang akan diambil sekiranya tiada perubahan mengenai sikap mereka yang selalu lewat ke sekolah.
15 MEI 2023, SMK Cheras - Unit disiplin SMK Cheras, telah menjalankan pemeriksaan terhadap murid tingkatan 5.
Objektif program ialah memberi kesedaran kepada murid supaya tidak membawa barang larangan ke sekolah.
Melalui program ini Unit disiplin mendapati ramai murid yang membawa barang larangan seperti telefon bimbit, kosmetik dan lain-lain.
24 MEI 2023- Unit Pengurusan Murid/ APDM telah menjalankan Taklimat pengurusan APDM.
Talkimat ini dihadiri oleh penyelaras tingkatan dan bertujuan untuk meningkatkan ketepatan data APDM.
24 MEI 2023- Dewan Kris Mas , jawatankuasa organisasi kelas mengadakan Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
Objektif program ini ialah :
Pelantikan secara rasmi ketua dan penolong ketua kelas.
Menghargai jasa tugas ketua dan penolong ketua kelas.
Memberi semangat kepada ketua dan penolong tingkatan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab.
24 MEI 2023- Dewan Kris Mas , Majlis Pelantikan Pengawas ini bagi melantik AJK dan Pengawas Sekolah yang baru secara rasmi.
24 Mei 2023- Unit Disiplin mengadakan spot check 2.0. Sasaran kali ini ialah murid tingkatan 1
Objektif pelaksanaan spot check ini untuk memberi kesedaran awal kepada murid menengah rendah supaya mematuhi peraturan sekolah.
Selain itu, program ini bagi mengekang murid-murid membawa barang larangan ke sekolah.
25 MEI 2023- SMK Cheras, Unit Kesihatan telah mengadakan Kempen Membudayakan Pengambilan Air Kosong.
Objektif program ini ialah :
Menggalakkan murid-murid membawa air kosong dan minum dengan kadar yang sesuai disekolah.
Mengelakkan murid-murid daripada terhidrasi dalam musim panas.
Menyedarkan murid-murid kebaikan minum air kosong
Unit PPDa - Menyebar luas info tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada semua warga sekolah melalui konti fm setiap pagi.
Melalui info ini, semua warga sekolah mendapat kesedaran bahayanya penyalahgunaan dadah.
JUN
Program TOPAZ dilakukan setiap hari bermula 7.30- 8.15 pagi. Program ini dikendalikan oleh guru disipin dan juga kaunselor sekolah.
Program ini dilaksanakan bagi mengatasi murid lewat hadir ke sekolah.
Melalui pelaksanaan program ini, terdapat penurunan kes lewat hadir ke sekolah.
12 Jun 2023- Unit Disiplin mengadakan spot check 2.0. Sasaran kali ini ialah murid tingkatan 2
Objektif pelaksanaan spot check ini untuk memberi kesedaran awal kepada murid menengah rendah supaya mematuhi peraturan sekolah.
Selain itu, program ini bagi mengekang murid-murid membawa barang larangan ke sekolah.
15 Jun 2023- Unit Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Cheras telah mengadakan ceramah Talasemia kepada murid tingkatan 4.
Ceramah ini bertujuan untuk memberi informasi kepada murid berkaitan talasemia.
14 JUN 2023- Penyerahan Financial Aid Rotary Club kepada murid B40 bukan islam telah diadakan.
Penyerahan ini bertujuan megurangkan beban murid dan ibu bapa semasa pembukaan sekolah.
19 Jun 2023- SMK Cheras, majlis perasmian minggu Hal Ehwal Murid (HEM) telah dijalankan. Perasmian ini berlangsung di Dataran Informasi. Majlis ini dirasmikan oleh Sarjan Saiful Azli Bin Said selaku Pegawai Perhubungan sekolah.
Objektif program ini ialah untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri program 3K iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan.
20 JUN 2023- Unit HEM menyampaiakan taklimat Pemerkasaan Adab dan Nilai kepada semua murid SMK Cheras.
Taklimat ini bertujuan memupuk kesedaran kepentingan adab dan nilai dalam kalangan murid.
Antara nilai yang ditekankan ialah, budaya berterima kasih, kemaafan dan kasih sayang.
20 JUN 2023- Unit SPBT telah menyampaikan taklimat Pemerkasaan Buku Teks.
Puan Nor Diyana menjelaskan kepentingan menjaga buku teks dan menjelaskan kesan sekiranya buku teks tidak dijaga dengan baik atau hilang.
20 JUN 2023- Unit Keselamatan telah mengadakan pemeriksaan stiker motosikal murid.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan murid membawa kenderaan dalam keadaan selamat.
21 JUN 2023 - Unit PPDa telah menyampaikan mesej 5 minit berkaitan DARVIH.
Mesej ini memberi pendedahan kepada semua warga SMK Cheras mengenai DARVIH .
21 JUN 2023- Unit Disiplin telah menyampaikan Kempen Kesedaran Sivik dan Keterampilan Sahsiah.
Kempen ini bertujuan bagi menyedarkan murid pentingnya mempunyai kesedaran sivik dan berketerampilan menarik.
21 JUN 2023- Unit SPBT dengan kerjasama guru mata pelajaran telah mengadakan pemeriksaan buku teks murid semasa dalam kelas.
Pemeriksaan ini mampu meningkatkan kesedaran murid pentingnya menjaga buku teks.
21 JUN 2023- Unit Organisasi Kelas mengadakan taklimat pengurusan buku kawalan kelas kepada ketua dan penolong ketua tingkatan.
Taklimat ini bertujuan untuk memastikan ketua atau penolong ketua tingkatan cakna akan penggunaan buku kawalan kelas.
23 JUN 2023 - Unit Pemantapan sahsiah telah mengadakan kuiz kepada semua murid.
Program ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan pelajar tentang topik korban .
23 JUN 2023 - Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti telah dilaksanakan bagi meraikan persaraan Pn Norazura dan Cik Ng Sook Wai.
Melalui program ini, murid dapat menghayati nilai kasih sayang dan menghormati guru.
23 JUN 2023 - UBK telah menganjurkan Ceramah Henti Buli.
Sasaran program ini ialah murid tingkatan 5 dan tingkatan 3 yang terpilih.
Program ini untuk memberi kesedaran kepada murid bahayanya gejala buli.
26 JUN 2023 - SMK Cheras, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan yang dilaksanakan sepanjang minggu HEM.
Unit HEM SMK Cheras, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian.
Tahniah dan syabas kelas-kelas yang telah memenangi pertandingan barisan kelas terbaik.
Tempat Pertama : Kelas 1 Imtiyaz
Tempat Kedua : Kelas 2 Makmur
Tempat Ketiga : 2 Imtiyaz
Tahniah dan syabas kelas-kelas yang telah memenangi pertandingan Kelas paling Bersih dan Ceria .
Blok A & B : 4 AR RAZZI
Blok C : 1 Jujur
Blok D : 2 Imtiyaz
Tahniah dan syabas kelas-kelas yang telah memenangi pertandingan KUIZ KESIHATAN.
Husna Amira bt Mohd Nasir -1 Jujur
Siti Nurkasih bt Aizul Faiz - 3 Makmur
Nur Ain Natasya Bt Khairuddin - 4 Alpha
Thaasviyn - 3 Luhur
Damia bt Mohd Izham - 4 Al- Khawarizmi