Dalam edisi Januari 2026, kami membawakan pelbagai informasi menarik dan terkini berkaitan aktiviti sekolah, pencapaian warga SMK Cheras serta perkembangan semasa yang berlaku sepanjang bulan Januari.
Siapakah yang menjulang gelaran Juara Keseluruhan tahun ini? Jom saksikan momen-momen terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.
Segmen Cherasian Vibe kali ini membawakan sebuah video pendek bertajuk “Sempurna Ramadan” yang mengisahkan perjalanan enam orang murid yang berusaha memperbaiki diri sepanjang bulan Ramadan. Dalam usaha menjadi insan yang lebih baik, mereka belajar tentang keikhlasan, persahabatan, dan makna sebenar Ramadan.
Episod sulung Cherasian Talk kini bermula! 🎙️
Dalam episod kali ini, kami membincangkan tentang persediaan mental dan fizikal menjelang bulan Ramadhan. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi bagaimana puasa membentuk disiplin kita sebagai warga Cheras yang sibuk!