Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya website: https://www.smkcheras.edu.my telah didaftarkan dengan Google dan menjadi laman web rasmi untuk warga SMK Cheras, Kuala Lumpur.
SMK Cheras, Kuala Lumpur sebelum ini telah melancarkan Portal Pembelajaran Digital (Digital Learning): https://bit.ly/dl-smkc pada 13 April 2020 untuk membantu guru dan murid meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara maya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan penularan wabak virus COVID-19 yang bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan di seluruh dunia. Portal Pembelajaran Digital ini bermanfaat kepada warga SMK Cheras dan usaha ini juga telah memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk pembelajaran anak-anak mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Dalam era norma baharu ini, SMK Cheras, Kuala Lumpur menyambut baik naratif Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang meminta semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama-sama melangkah lebih jauh. Oleh sebab itu, SMK Cheras, Kuala Lumpur tidak mahu ketinggalan dalam arus globalisasi pendidikan yang maju dan berkualiti seiring dengan gelombang 2, PPPM 2013-2025, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Team Website SMK Cheras yang terdiri daripada beberapa orang guru, PIBG dan KSIB SMK Cheras yang diterajui oleh Encik Seprian Darma kerana banyak membantu sehingga web smkcheras.edu.my dapat direalisasikan penggunaannya oleh semua warga SMK Cheras. Diharapkan warga SMK Cheras, Kuala Lumpur dapat menggunakan laman sesawang ini dengan sebaiknya bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid.
Sekian, terima kasih.
G SHARIZA BINTI SHAHARUDDIN
Pengetua
SMK Cheras, Kuala Lumpur.