Pada 3 Mei 2023, perjumpaan kokurikulum kali kedua iaitu perjumpaan kelan dan persatuan telah diadakan. Murid-murid menunjukkan kehadiran penuh pada perjumpaan kali ini.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan oleh guru-guru kelab dan persatuan. Antaranya adalah Kelab STEM mengadakan aktiviti Telur Kebal, Persatuan Bahasa Melayu membuat aktiviti mencipta sajak, Kelab Pengguna melakukan aktiviti membina poster dan pelbagai aktiviti telah dibuat bertujuan untuk mencungkil bakat dan menanam nilai murni dalam diri murid-murid SMK Cheras.