Pada 22 Mac 2023 telah diadakan aktiviti senamrobik dan aktiviti sukan mengikut stesen. Aktiviti diadakan sempena minggu riang ria yang diperkenalkan oleh KPM bertujuan untuk menggalakkan kehadiran murid ke sekolah. Melalui aktiviti ini, murid dan guru dapat menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menggalakkan murid untuk bersenam setelah lama cuti sekolah .